mencari kedamaian hati dan ketenangan jiwa...

Thursday, September 2, 2010

seronoknya ...

Sekali lagi mengumpul kenangan bersama ahli keluarga.Kali ini semua adik beradik dapat berkumpul.Pelbagai ragam dan aksi dapat dilihat..emm..tak terkatalah seronoknya,hanya Tuhan saja yang tahu.Pelbagai jenis juadah disediakan,dari menggoreng,memanggang,mengukus dan .....teringat sejenak insan yang kesusahan dan kelaparan di luar sana..benar-benar mengganggu jiwa ini.Hanya doa dan harapan semoga nasib mereka berubah..

Raya hampir tiba,apa persiapan pun aku tak tau nak buat apa..kelengkapan anak-anak dah cukup,nak hias rumah tak tau apa nak letak..tak kreatif lah! biasanya bila dah raya nanti baru ada idea nak buat..raya ni balik rumah mertua dulu,sedihnya...sbb kurang meriah..kalau kat kampung,bergerak habis sbb sebelah abah dan emak jangan dikira berapa orang! 3 hari pun tak habis!apa nak buat..sistem bergilir-gilir lah katakan...

Sunday, August 22, 2010

Hati tenang sekiranya...

Memang benarlah seperti firman Allah swt yang bermaksud,"dengan mengingati Allah tenanglah hati".Dengan berbekalkan Asmaul Husna setiap hari jiwa ini menjadi lembut,sering menyesali kesilapan dosa silam.Takut-takut Allah tidak mengampunkan dosaku.Namun aku telah diperingatkan jangan berprasangka buruk kepada Allah,ingatlah janji-janji Allah yang Maha Rahman, Ar-Rahim, Al-'Afuwwu dan Al-Ghaffur.

Peringatan buat diriku..berkata-kata secara berhikmah bukan melulu walaupun sekadar bergurau kerana manusia tak semua sama apa yang kita fikirkan.Cukuplah bagi diri ini menerima hukuman yang 'agak berat' ketika di dunia lagi dan bebaskanlah diri ini ketika di akhirat sana.Mohon maaf pada semua,gelaran 'itu' tidak layak bagiku.

Terima kasih pada ulama'-ulama' yang berada di belakangku,mereka memberikan kata-kata semangat serta keyakinan dalam diri ini.Rasanya ramadhan kali ini memberi kelainan dalam diriku.Aku menjadi seperti terlalu teruja dengan kehadirannya,dan merasa sedih kerana semakin hari semakin hampir ke penghujungnya.Kekuatan yang aku perolehi atas kurniaan Allah swt tidak akan kusia-siakan.Ye..beribadahlah kamu seolah-olah esok maut akan menjemputmu..

Friday, August 20, 2010

Takutnya...

Kelebihan hari Jumaat.
Kaum lelaki mudah masuk ke syurga,itulah seperti yang diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w.Sebahagian besar penghuni syurga ialah kaum lelaki yang beriman.Rajin ke masjid tapi dengan hati yang ikhlas masuk syurga,berbakti pada ibu bapanya masuk syurga,berkata lemah lembut dengan isteri masuk syurga.Namun ada segelintir yang melepaskan peluang keemasan ini.

Hari jumaat kebiasaannya kaum lelaki akan menunaikan solat jumaat.Apa salahnya datang ke masjid awal sikit,bukan nak buat apa pun kat rumah.Duduk berniat iktikaf,zikir sikit,baca quran sikit,dah dapat pahala.Tengahari tadi saya seperti jadi ahli 'amal ma'ruf nahi munkar'.Sakit mata tengok gelagat remaja lelaki dan perempuan seolah-olah tiada perasaan malu langsung,kalau tak malu dengan orang ramai malu pada bulan ramadhan pun dah memadai,bukankah sedang berpuasa?Benarlah seperti kata ulama',bulan ramadhan kalau diikutkan betul-betul dia menjadi Madrasah kita,melatih jiwa menjadi 'Ittaqullah'.Tanpa rasa takut saya menegur"dik,tak solat jumaat ke"?.Remaja tu jawab kejap lagi kak,kawan yang sorang tu sedang berbual dengan teman perempuannya,duduk bersebelahan.Budak perempuan tu masih berpakaian sekolah.Saya sambung lagi,"imam dah baca khutbah dik,pergilah surau atau masjid".Dia menjawab, "ye lah kak".Saya tak tau samada remaja berdua tu terus pergi atau masih lepak di situ.Dalam perjalanan ke sekolah saya menangis kerana takutkan masa depan anak-anak saya.bagaimanakah mereka nanti apabila besar kelak.Tidak putus-putus saya berdoa minta perlindungan serta keimanan yang teguh dalam dada anak-anakku.Ya Allah,Kau jadikanlah anak-anakku 'Qurratun 'akyun' kepada kedua ibu bapanya..amin..ya Rabbal alamin.

Tuesday, August 17, 2010

Seronoknya!

Tanggal 4 Ramadhan saya pulang ke kampung,sebenarnya planning nak balik pada nuzul Quran nanti,cuti panjang sikit tapi adik kat Bangi dah call ajak balik,nak minta soalan percubaan PSRA daerah,akhirnya aku pun balik gak! kakak pulak yang kat Sijangkang ajak balik minggu depannya.Sampai di kampung jam 3.00 petang,rupa-rupanya kakak kat Klang dah balik dulu,emak pun tak tau kakak nak balik,so..riuh rumah mak..lepas saya siapkan ramuan untuk masak sup tulang dalam periuk serbaguna yang saya bawa balik,saya ke pekan sekejap isi gas 'aircon',maklumlah kereta dah lama sentiasa nak kena perihatin...dlm perjalanan balik,ada sekatan jalanraya,masa pergi pakai talipinggang keledar,tang balik tu tak pakailah..alamak!habislah aku kali ni...dalam keadaan kelamkabut dan tak sempat nak pakai aku pasrah,baca ayat surah Yasin,mulanya 'tok' tu tahan dan tengok road tax,pas tu dia suruh jalan,sampai kat 'tok' lagi satu dia macam nak tahan tapi dia buat isyarat jalan , Alhamdulillah..itulah kali kedua aku terlepas,lepas ni tak taulah..kena pakai aje la..jawabnya..sebab nasib kita tak selalunya sama macam yang lepas-lepas..sampai kat umah kakak kat Shah Alam pun balik sama..laagii riuh ngan anak-anak buah!
Petang tu kami riuh di dapur.Tapi yang besnya,abang ipar yang masak,kita-kita tolong apa2 yang dia nak.Ikan siakap masam manis,ikan siakap steam,ayam masak lemak cekur,sup tulang dan macam-macam lagi..ya Allah! macam esok nak raya..riuh sungguh..macam ni lah bila semua adik beradik balik berkumpul,tu belum kakak kat Sijangkang balik,kalau balik..dapur pun tak muat nak duduk makan,terpaksa sampai kat ruang tengah..
Malam tu aku terawikh bersama emak,kami gilir-gilir jadi imam..sesekali diselangi dengan gurau senda..dan persoalan tentang ibadah solat..aku suka bergurau..kadang-kadang emak marah(masih mampu ketawa) dengan gurau sendaku..bukan mudah kita nak menggembirakan hati ibu..wang ringgit belum tentu menyeronokkan mereka tapi kehadiran kita amat diharap-harapkan.Aku berdoa kepada Ilahi agar dapat dipertemukan lagi dengan emak.

Tuesday, July 27, 2010

RAMADHAN...

Kini Ramadhan menjelang lagi..sudah kah aku bersedia menghadapinya dari segi rohani dan jasmaninya?Menahan makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bisa ku buat,namun bagaimana dengan persediaan rohaninya?aku takut dengan perkara-perkara yang berlaku di luar kawalan ku,mengurangkan pahala dan menambah dosa,alangkah sia-sianya puasa ku,Ya Rabb,Tiada daya ku melainkan dengan QudratMu,
Benarkah di bulan puasa ini Syaitan-syaitan dibelenggu,dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka?Ahli kubur berehat selama sebulan tanpa disoal Malaikat Munkar dan Nakir?Bagaimana timbulnya nafsu pula?Dibulan puasa lebih besar nafsunya berbanding bukan dibulan puasa,inilah tahap keimanan manusia yang kadangkala bertambah dan kadangkala berkurang...

اللهم انى أسئلك ايمانا كاملا ويقينا صادقا ورزقا واسعا وقلبا خاشعا

Wednesday, July 21, 2010

murid nak periksa guru yang 'demam'

semakin dekat nak periksa semakin 'pening' anak muridku.Apa lagi nak buat kat dia orang...macam2 dah dicuba..ujian dalaman puluh kali ulang,latih tubi menghafal hingga ada yang takut nak datang sekolah sebab takut kena soal! Minggu ni demam menanda kertas! bawa balik tapi haram tak buka...asal pegang pen dan kertas je...mulalah mata kuyu,lagi2 tengok tulisan di orang yang bermacam rupa..lain nak sebut lain yang dieja!

Buka ni lagi bes!tapi dlm kepala teringat banyak yg nak kena tanda..minggu depan dah kena kursus! lepas tu budak periksa percubaan pulak,menimbun lagi lah kertas den...

Hai,sapa di luar? saya didalam...mari kita main teka-teki..banyak-banyak buah,buah apa yang tak boleh dimakan? Mari kita tengok siapa yang kena....

Tuesday, July 20, 2010

ILMU BARU..

Assalamualaikum kak Mas,seronok hari ini kerana dapat belajar sesuatu yg baru walaupun ia 'lama'bagi sesetengah pihak.Hakikatnya tujuan serta niat dalam menjalankan segala pekerjaan bergantung kepada keizinan dariNya,dan kini aku telah diberi keizinan untuk memiliki ilmu ini.Ibarat pepatah,"طلب العلم من العهد الى الهد".Hinggakan jika mati seseorang itu masih dipanjangkan ilmu baginya tatkala imam membacakan 'talkin',agar apa yg disoalkan oleh Malaikat Munkar dan Nakir itu bisa dijawab oleh hambaNya yang beriman , beramal dan bertakwa.
Wallahua'lam.