mencari kedamaian hati dan ketenangan jiwa...

Monday, June 27, 2011

MACAM NIE PUN ADA...DUNIA..DUNIA...

Bukanlah semua perkara yang kita dapat akan menjadi tepat,segala-galanya atas ketentuan Allah,melainkan ada orang yang nak 'main-mainkan' kita.Tapi fikirkanlah,maklumat berkaitan masyarakat,sekolah takkanlah saya nak suka-suka pakai cakap je...hei!tolonglah sikit!kalau tak kerana fikir tanggungjawab aku tak nak masuk campur!tapi aku dah kenal dah..tak palah...kalau dah tak diperlukan lagi aku tak kisah,lagi suka...kau buatlah apa yang kau rasa betul dan orang akan sentiasa beri maklumat tepat.Dah bertahun-tahun aku bergelumang dengan orang atasan,aku dah kenal tabiat masing-masing,kamu baru setahun jagung dah berasa diri hebat!GERAAAM!

Tuesday, June 14, 2011

Sedikit Tazkirah..

Di dalam ajaran Islam semua masalah, ada jalan penyelesaiannya atau jalan keluar untuk mengatasi masalah, faham atau tidak sahaja atau mahu atau tidak kerana Islam itu agama keselamatan dunia akhirat, penyelesai semua masalah. Al Quran ada menyatakan:
FIRMAN ALLAH:
“Dan kami menurunkan daripada Al Quran itu barang yang iaitu menjadi ubat dan rahmat kepada orang mukmin dan tidak menambah akan orang yang zalim itu melainkan orang yang zalim itu melainkan rugi”.

Allah SWT mengatakan Al Quran atau Islam itu adalah ubat untuk penyakit lahir dan batin, fizikal dan rohani, dunia dan akhirat dan juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat. Juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat bagi orang mukmin. Allah SWT menyebut orang mukmin kerana orang mukmin sahaja yang mahu tunduk dan patuh kepada Al Quran atau ajaran Islam. Kalau orang kafir atau orang Islam sahaja, tidak akan mahu menerima atau payah mahu menerimanya. Allah SWT ada menyebut dalam Al Quran bahawa orang mukmin sahaja mudah diingatkan dan mudah menerima ajaran Islam atau ajaran Allah.FIRMAN ALLAH:
“Tidak ada ucapan orang mukmin itu apabila di ajak kepada Allah dan Rasulnya agar menghukum dikalangan mereka itu melainkan mereka berkata-kata kami dengar dan kami patuh.”

Ertinya berkira dengan orang mukmin mudah, berkira dengan orang Islam lebih-lebih lagi yang bukan Islam sangat susah. Apatah lagi hendak diajak merujuk kepada Allah SWT dan Rasulnya, lebih liat lagi. Justeru itu bagi orang mukmin untuk menenangkan jiwanya Allah SWT memberitahu di dalam satu ayat berbunyi:
“Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang.”
Di sini tahulah kita ubat hati tidak tenang ialah banyak mengingati Allah SWT. Apabila banyak meningati Allah SWT, jika tidak tenang atau terasa kosong. Al Quran ada menyebut dalam sepotong ayat berbunyi;
“Barangsiapa yang berpaling daripada mengingati Aku maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.”Maksudnya, orang menolak atau melupai Tuhan serta tidak faham apa yang Allah suruh dan larang serta tidak faham apa yang Allah lakukan pada dirinya maka jiwanya sentiasa sempit, tidak tenang, gelisah, resah, susah sekalipun ia kaya, berkuasa, ada nama, ada glamour.
والله اعلم

Sunday, June 12, 2011

Muhasabah diri...

Sebagai peringatan buat diri ini..mengambil pengajaran dari peristiwa yang telah berlaku,sebenarnya akan terjadi kepada setiap makhluk yang hidup seperti telah difirmankan Allah :كل نفس ذائقة الموت yang maksudnya,setiap yang hidup pasti akan mati.

Diceritakan pada saya,kisah kematian seorang jiran,yang saya anggap satu kerahmatan buatnya,'perginya' setelah masuk hari Jumaat,meninggalnya dalam keadaan yang mudah serta tidak menanggung kesakitan yang lama..walaupun pada dasarnya mempunyai penyakit tetapi itu bukanlah sebab utama,sebab utamanya kerana telah sampai masanya.Aku sering memohon pada Allah dgn doa yang telah diajar kepadaku,agar dipermudahkan ketika mati dan mati dalam keadaan beriman serta tidak dalam suasana yang mengaibkan.Begitu jua dengan seisi keluargaku...

Dan sekiranya kedua ibu bapaku telah tiada aku tidak mahu jasadnya menjadi mangsa belasahan malaikat Munkar dan Nakir kerana kealpaan,kebodohan dan miskin iman dari anak-anak sendiri.Aku amat-amat bersyukur kerana kedua ibubapa telah sedaya upaya mencukupkan 'pakej' keislaman dalam diri ini..setidak-tidaknya mereka telah berjaya menjadikan aku seorang yang mencintai Al-Quran dan mentadabburkan al-quran,memegang kata-kata dalam sebuah hadis tapi aku lupa siapa perawinya:seorang anak yang mampu membaca Al-quran dengan baik dan sempurna,Allah telah menyediakan sebuah istana untuk kedua ibubapanya disana tatkala keduanya sedang diiring untuk di'hisab',Allah telah mengarahkan Malaikat agar tidak menghitung keduanya,Ya Allah,besarnya kasih sayangMu...kini mampukah aku mendidik anak-anakku pula?

"apabila matinya anak Adam maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara:pertama doa dari anak yang soleh,kedua sedekah jariahnya,ketiga ilmu yang dimanfaatkannya".

Samada mereka masih hidup atau telah tiada jangan putus-putus terus mendoakannya.Untuk menjadi anak soleh atau solehah memang sukar namun cukuplah kalau kita dapat melakukan sebaik mungkin rukun-rukun Islam dan ImanNya dan melakukan Amal Maaruf Nahi Mungkar,InsyaAllah...