mencari kedamaian hati dan ketenangan jiwa...

Wednesday, January 25, 2012

Pada ahad nan lalu,kami sekeluarga berkumpul di kampung bersama-sama melakukan solat hajat agar emak dikembalikan seperti dahulu.Emak bercerita,bergurau,gelak ketawa dan berselera seperti dahulu.Kami tidak berputus asa memohon pada Ilahi agar emak pulih dan sembuh sepenuhnya.Pada malam isnin itu selesai solat hajat kami makan beramai-ramai,nasi 'ambeng' sebanyak 7 dulang,dari adik beradik,ipar duai hinggalah anak-anak dan anak-anak buah,ye...besar sungguh keluargaku,tapi bila melihat keadaan emak kami sungguh sedih,mujurlah ada abang sulung yang terlalu banyak pengorbanan dilakukan..Ya Allah,Kau kurniakanlah kesihatan dan kesejahteraan ke atas abang Sham..
Emak sering mengingati mati,hidup emak seperti tak keruan,dia bingung,abah pulak sakit akibat ketumbuhan ditelinganya..kami cuba beri ia kekuatan agar tabah...yayah pula masih diganggu dengan benda halus tu lagi..masih belum puas lagi manusia yg bersifat dengki mengganggu adikku..5 tahun dia menanggung sakit..beratnya dugaan yang kami sekeluarga pikul.Hanya padaMu Allah ku pohon agar kau kurniakan kami kekuatan dan kesabaran yang jitu.Amin....

Sunday, January 15, 2012

Setiap yg datang daripadaMu mempunyai hikmah tersendiri,kita manusia serba kekurangan tidak tahu apa perancanganNya yang sudah tentu ada baik buruknya.Bermula cuti persekolahan akhir tahun lepas kami sekeluarga diduga dengan perkara yang amat dahsyatnya.Cuti kami bagaikan tiada cuti walaupun purata semua adik beradik adalah guru.Ya Allah..hanya mengharap padaMu agar kami semua tabah menghadapinya.Emak dan abah diuji hati mereka dengan fitnah,abah bagaikan hilang arah bila emak keluar dari rumah,namun syukurlah kerana emak minta izin terlebih dahulu dari abah.Perubahan emak yang amat mendadak dari sebelum ini membuatkan kami hairan dan tidak percaya.Emak tidak suka kepada hal-hal agama,emak sering lupa bacaan dalam solat dan bilangan rakaatnya..apa yg emak perkatakan sungguh tidak benar sama sekali.
Akhirnya aku bertemu dgn Ustaz Suhaimi..dan pada keesokan paginya aku talipon sekali lg dan beliau memberikan jawapan yang paling mengejutkan.Emak dan abah telah dikenakan ilmu hitam.Ya Allah,bukanlah mereka orang yg jahat tetapi ada manusia yang tidak senang dgn hubungan emak dan abah suami isteri.Selama 40 tahun lebih mereka bersama rupa-rupanya ada insan yang ingin melihat mereka berpisah.Dengan kudrat yang ada aku berusaha bersama semua adik beradik memandangkan keadaan emak yang terlalu teruk.Dirinya telah didampingi oleh jin setahun lamanya.
Dipertemukan dengan Azli dan Ustaz Nizam adalah jalan yg telah didorong oleh Allah untuk mengubati emak dan abah,bukan mereka berdua sahaja,adik pen sama terkena gangguan,yayah dan fizah.Kesian fizah,dia paling teruk bila jadi.Aku menangis bila dia penat dan letih tapi kami jumpa siapa angkara semua ini..semoga Allah membalas segala kejahatan mereka.Kenduri Amin yang sepatutnya berlangsung pada 3 Disember juga terpaksa dibatalkan kerana keadaan mak yang kronik sungguh,majlis hanya dibuat di sebelah perempuan sahaja,mujurlah mereka faham.Sepanjang perubatan dijalankan kami menjumpai pelbagai jenis jin yg silih berganti 'datang' mengunjungi kami.Namun semuanya dapat dibakar dengan izin Allah.Setiap malam kami sekeluarga membaca Yasin,walaupun emak pada masa itu tiada di rumah kerana terpaksa jauhkan diri dari abah lantaran sikap bencinya yg amat sangat pd abah,kesian abah kami faham situasi yg dihadapinya.