mencari kedamaian hati dan ketenangan jiwa...

Monday, June 11, 2012

3 hari 2 malam berjalan di Singapore bersama anak dan suami ditaja GDP Architech tempat kerja suami.Seronok di negara orang seronok lagi di negara sendiri.Suasana islamik tempat dihati...susahnya kalau orang yang tak biasa berjalan ditempat macam ni...nak makan,buang air semuanya kena teliti...bukan suka2 boleh istinjak dan makan kalau tak tengok halal/haram...
Jam 8.00 pg rombongan kami sebanyak 6 buah bas bertolak dari Bkt Damansara,tiba di Seremban bas kami berhenti untuk sarapan dan sebagainya tapi aku tak turun kerana teringat kenangan lalu.Dalam bas aku ada seseorang yang mengingatkan aku pada kak Mas,wajah dan senyumnya mirip dia,cuma dia rendah sikit.
Kami duduk hanya depan belakang dan kebetulan semua aktiviti yang aku lalui dia turut ada..itu yang membuatkan aku 'terasa' sangat2,aku berdoa semoga Allah dapat mempertemukan semula dan hubungan kami mesra seperti dulu lagi..aku berharap sangat...
Jam 12 lebih kami sampai di kastam M'sia..mudah saja dan jam 1 lebih di kastam S'pora..ketat sikitlah..maklumlah orang luar nak masuk.sampai di hotel Festive pukul dua dan terus lepak di bilik...penat sangat la tu...

Sunday, March 18, 2012

Telah berlalu 3 bulan dlm tahun 2012..hari demi hari,bulan demi bulan,kami tak putus-putus mengubati emak.Ya Rabbul 'Alamin,engkau Maha Mendengar..sedikit demi sedikit emak sembuh,hampir 70% emak telah berubah berbeza dengan sebelum ini.Emak mula ceria,banyak bercakap dan mudah senyum serta ketawa membuatkan kami sungguh seronok,cuma selera emak yang masih belum ada..makhluk itu telah menutup selera emak 100% membuatkan emak hilang berat badan,kurus dan tidak bermaya.Namun kami tetap bersyukur kerana ada juga perubahan pada diri emak.Kalau dulu emak tolak jika Azli datang tapi kini emak terima dia dengan gembira.Terima kasih sangat2 pada Azli dan Ustaz Nizam.Namun manusia yang dengki itu tetap tidak berhenti dengan aktiviti buruknya.Emak tetap difitnah namun Allah lebih tahu dan telah menyelamatkan emak dari dugaan itu.Semakin ramai yang menziarahi emak dan semakin ramai yang faham situasi emak.Emak telah mula kembali ke dapur bersama kami walaupun emak taklah masak macam dulu tapi dah seronok sgt sebenarnya bila emak masuk ke dapur,bukan nak suruh masak tapi dah 5 bulan emak tak boleh bau dapur..dia kata ada 'benda'..Aku tetap terus mendoakan emak sihat,kini emak berhadapan pula dgn suatu penyakit yg belum pasti kebenarannya tapi berdasarkan 'ctscand' ada sesuatu dalam otak emak..ya Allah...selamatkan emakku..aku sayang sgt padanya dan tak mahu kehilangannya...kami baru nak bermesra kembali bersamanya...

Wednesday, January 25, 2012

Pada ahad nan lalu,kami sekeluarga berkumpul di kampung bersama-sama melakukan solat hajat agar emak dikembalikan seperti dahulu.Emak bercerita,bergurau,gelak ketawa dan berselera seperti dahulu.Kami tidak berputus asa memohon pada Ilahi agar emak pulih dan sembuh sepenuhnya.Pada malam isnin itu selesai solat hajat kami makan beramai-ramai,nasi 'ambeng' sebanyak 7 dulang,dari adik beradik,ipar duai hinggalah anak-anak dan anak-anak buah,ye...besar sungguh keluargaku,tapi bila melihat keadaan emak kami sungguh sedih,mujurlah ada abang sulung yang terlalu banyak pengorbanan dilakukan..Ya Allah,Kau kurniakanlah kesihatan dan kesejahteraan ke atas abang Sham..
Emak sering mengingati mati,hidup emak seperti tak keruan,dia bingung,abah pulak sakit akibat ketumbuhan ditelinganya..kami cuba beri ia kekuatan agar tabah...yayah pula masih diganggu dengan benda halus tu lagi..masih belum puas lagi manusia yg bersifat dengki mengganggu adikku..5 tahun dia menanggung sakit..beratnya dugaan yang kami sekeluarga pikul.Hanya padaMu Allah ku pohon agar kau kurniakan kami kekuatan dan kesabaran yang jitu.Amin....

Sunday, January 15, 2012

Setiap yg datang daripadaMu mempunyai hikmah tersendiri,kita manusia serba kekurangan tidak tahu apa perancanganNya yang sudah tentu ada baik buruknya.Bermula cuti persekolahan akhir tahun lepas kami sekeluarga diduga dengan perkara yang amat dahsyatnya.Cuti kami bagaikan tiada cuti walaupun purata semua adik beradik adalah guru.Ya Allah..hanya mengharap padaMu agar kami semua tabah menghadapinya.Emak dan abah diuji hati mereka dengan fitnah,abah bagaikan hilang arah bila emak keluar dari rumah,namun syukurlah kerana emak minta izin terlebih dahulu dari abah.Perubahan emak yang amat mendadak dari sebelum ini membuatkan kami hairan dan tidak percaya.Emak tidak suka kepada hal-hal agama,emak sering lupa bacaan dalam solat dan bilangan rakaatnya..apa yg emak perkatakan sungguh tidak benar sama sekali.
Akhirnya aku bertemu dgn Ustaz Suhaimi..dan pada keesokan paginya aku talipon sekali lg dan beliau memberikan jawapan yang paling mengejutkan.Emak dan abah telah dikenakan ilmu hitam.Ya Allah,bukanlah mereka orang yg jahat tetapi ada manusia yang tidak senang dgn hubungan emak dan abah suami isteri.Selama 40 tahun lebih mereka bersama rupa-rupanya ada insan yang ingin melihat mereka berpisah.Dengan kudrat yang ada aku berusaha bersama semua adik beradik memandangkan keadaan emak yang terlalu teruk.Dirinya telah didampingi oleh jin setahun lamanya.
Dipertemukan dengan Azli dan Ustaz Nizam adalah jalan yg telah didorong oleh Allah untuk mengubati emak dan abah,bukan mereka berdua sahaja,adik pen sama terkena gangguan,yayah dan fizah.Kesian fizah,dia paling teruk bila jadi.Aku menangis bila dia penat dan letih tapi kami jumpa siapa angkara semua ini..semoga Allah membalas segala kejahatan mereka.Kenduri Amin yang sepatutnya berlangsung pada 3 Disember juga terpaksa dibatalkan kerana keadaan mak yang kronik sungguh,majlis hanya dibuat di sebelah perempuan sahaja,mujurlah mereka faham.Sepanjang perubatan dijalankan kami menjumpai pelbagai jenis jin yg silih berganti 'datang' mengunjungi kami.Namun semuanya dapat dibakar dengan izin Allah.Setiap malam kami sekeluarga membaca Yasin,walaupun emak pada masa itu tiada di rumah kerana terpaksa jauhkan diri dari abah lantaran sikap bencinya yg amat sangat pd abah,kesian abah kami faham situasi yg dihadapinya.

Sunday, October 30, 2011

Abdul Rahman Muhammad - Law Kaana Bainana

Asma'Nya terlalu agung

TAZKIRAH PENDEK


 Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu,
 Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
 Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun... kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya.