mencari kedamaian hati dan ketenangan jiwa...

Sunday, October 30, 2011

Abdul Rahman Muhammad - Law Kaana Bainana

Asma'Nya terlalu agung

TAZKIRAH PENDEK


 Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu,
 Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
 Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun... kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya.

kasih sayang

salamun alaik.. Kasihnya ibu membawa ke syurga,kasihnya ayah sepanjang masa.Dapat merasai kasih sayang serta belaian ibu dan ayah adalah harapan semua insan bergelar anak,oleh itu balaslah jasa mereka seberapa yang boleh,yang semampunya..mereka tidak mengharapkan harta atau wang ringgit tetapi cukuplah perhatian dan sering menghubungi mereka.. Sehari cuti aku mengambil kesempatan pulang ke kg yg memakan masa 2 jam jika tidak berhenti-henti..Setiba di bandar Banting aku menghubungi kakakku dan kebetulan dia juga br tiba di banting,lantas kami bertemu di restoran Sri Lang dan bersarapan bersama.Kami bergerak ke kg dan aku singgah sebentar di gerai menjual ikan yg biasa aku singgah.aku membeli seekor ikan merah yg telah ku kira nak masak apa bila sampai rumah mak nanti. Tiba di rumah mak kami terus mula operasi masak..hmm..pepahat masak sambal,remis rebus halia,sayur campur ikan tuna,ikan aku tu kenalah goreng aje sebab ada anak2 yang tak makan pedas.Kami makan beramai-ramai,termasuk abang sham dan along yang hanya tinggal berdua aje bila anak2nya tiada di rumah kerana masing2 bersekolah dan duduk di asrama.Sebelah petang lepas asar kami 'plan' nak masak untuk minum petang pulak.Aku tengok mak sedang membersihkan ikan bilis katanya kak Yah nak buat jemput2 ikan bilis,aku pulak nak lempeng kelapa parut,tapi kelapa tak dimesin lagi..akhirnya mak buatkan jugak lempeng yang aku minta walaupun aku kata tak payah sbb kena parut kelapa dulu..sudahnya lengkaplah semua keinginan kami anak2 mak yang macam2 teringinnya diusahakan juga oleh ibu tersayang..Hati aku berasa sungguh terharu dan tak dapat nak kata bila mak buatkan semua tu..kami minum petang beramai-ramai lagi...suasana yang mungkin entah akan dapat diulangi semula atau tidak...segala-galanya bergantung kepada kehendak Allah swt..mudah-mudahan kami akan bertemu lagi.. Aku juga ada seorang ibu angkat yang aku kasihi,keadaannya yang kurang sihat ketika itu(ketika blog ini ditulis aku tak tahu keadaannya) membuatkan aku tak pernah henti2 mendoakan kesejahteraannya hinggalah kini...hati aku tak dapat nak dibayangkan bagaimana bila kali terakhir aku sms pada kak Mas telah disalah ertikan tapi aku redha kerana aku juga silap sebab sms yang tak sedap susunan ayatnya,"kesian dia"(simpati sangat akan kesakitan yang dialaminya sekian lama,"cuba menceriakan dirinya didepan saya"(beliau seorang yang tabah dan tak pernah bersungut atau mengadu akan sakitnya sepanjang saya bertemu dengannya).Bukan aku nak menambah kesugulan atau lebih mengusutkan keadaan,lebih2 lagi mengatakan anak2 tidak mengambil berat...sebenarnya aku pun tau kenapa salah faham sering terjadi antara aku dan kak Mas...walaupun aku cuba jaga kata2...aku hanya mampu berdoa semoga keluarga itu diberi perlindungan dan kerahmatan Allah hendaknya dan terserahlah padaNya samada persaudaraan ini akan terjalin kembali atau tidak...

Tuesday, October 4, 2011

Comel kan..

Salam,aku bersyukur kerana dikurniakan 'pengganti',yang amat menghiburkan.Semua orang suka dan sering memuji kecomelannya.Bukan nak bangga diri sendiri kerana ianya kurniaan Allah,hanya pinjaman sementara dariNya.Tapi aku akan terasa amat sunyi bila berada jauh drnya.Dua minggu ni aku sibuk dari pagi sampai tengahari,petang dah ke sekolah,jumpa pun malam aje.Bila malam mulalah manjanya tu..yg tak masuk akal pun ada.

Saturday, September 10, 2011

As-salam,lama tak kukunjungi laman blog ini..masa tak ada,banyak kerja nak kena buat,bila ada masa lapang sikit rasa nak berehat,badan dan otak rasa letih sangat..banyak benda kena buat dan kena fikir.Ramadan telah berlalu dan syawal pun sedang meniti ke penghujungnya...jika di muhasabah diri ini..siapa aku sebenarnya?seperti kata ustaz Zawawi,bila raya semua baru,baju baru,kasut baru,langsir baru,perabot baru dan apa2 sajalah yang baru,tapi iman kita baru tak?ke masih di takuk lama?.Hmm...dalam tu maksudnya.Ketika menjalani ibadah puasa,kesabaran diri ini sering teruji..kadang2 tu benda remeh temeh pun jadi isu.Ulama' kata Syaitan dan Jin dirantai ketika Ramadan..tapi nafsu ni yang sukar dirantai sebenarnya. Aku menumpang kegembiraan di atas kegembiraan orang lain.Saudaraku menerima orang baru dalam hidupnya,Kesejahteraan dan kebahagiaan mereka sentiasa dalam ingatan dan doa yang tak pernah padam..Aku merasakan kelainan sejak bertemu dan menganggap keluarga padanya,apa yang boleh aku katakan..mencurahkan di sini tidak menyamai apa yang ada di dlm hati..keikhlasan itu hanya Yang Maha Mengetahui saja yang memahaminya...sekiranya aku yang ditakdirkan 'pergi' dahulu,tiada apa yang perlu kumaafkan..hujan ...rezeki dari Yang Maha Memberi Rezeki.

Friday, July 15, 2011

Tenanglah duhai hati...

Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.
Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita?

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..

Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.

Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?
Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati..

resahnya...

Sejak kebelakangan ini hati aku sering resah dan gelisah,kenapa ye..adakah aku telah membuatkan seseorang marah tanpa aku sedar?Aku cuba berfikir apa yang telah aku lakukan sebelum ini?Ya Allah,tunjukkanlah aku sekiranya aku telah melukakan hati saudara seislamku..tanpa pertolonganMu aku tak mampu Ya Allah.

Terkadang aku menangis,menangis kerana kerinduan,terkadang aku merasa tenang sedikit atas bantuanMu,namun aku masih tidak faham kenapa tiba-tiba ini berlaku,aku teramat sayang persaudaraan ini.Aku memohon ia berkekalan dengan baiknya hingga akhir hayat,tapi takdir tuhan siapa yang tahu..ku pohon padaMu Ya Allah,restuilah persaudaraan ini...

Monday, June 27, 2011

MACAM NIE PUN ADA...DUNIA..DUNIA...

Bukanlah semua perkara yang kita dapat akan menjadi tepat,segala-galanya atas ketentuan Allah,melainkan ada orang yang nak 'main-mainkan' kita.Tapi fikirkanlah,maklumat berkaitan masyarakat,sekolah takkanlah saya nak suka-suka pakai cakap je...hei!tolonglah sikit!kalau tak kerana fikir tanggungjawab aku tak nak masuk campur!tapi aku dah kenal dah..tak palah...kalau dah tak diperlukan lagi aku tak kisah,lagi suka...kau buatlah apa yang kau rasa betul dan orang akan sentiasa beri maklumat tepat.Dah bertahun-tahun aku bergelumang dengan orang atasan,aku dah kenal tabiat masing-masing,kamu baru setahun jagung dah berasa diri hebat!GERAAAM!

Tuesday, June 14, 2011

Sedikit Tazkirah..

Di dalam ajaran Islam semua masalah, ada jalan penyelesaiannya atau jalan keluar untuk mengatasi masalah, faham atau tidak sahaja atau mahu atau tidak kerana Islam itu agama keselamatan dunia akhirat, penyelesai semua masalah. Al Quran ada menyatakan:
FIRMAN ALLAH:
“Dan kami menurunkan daripada Al Quran itu barang yang iaitu menjadi ubat dan rahmat kepada orang mukmin dan tidak menambah akan orang yang zalim itu melainkan orang yang zalim itu melainkan rugi”.

Allah SWT mengatakan Al Quran atau Islam itu adalah ubat untuk penyakit lahir dan batin, fizikal dan rohani, dunia dan akhirat dan juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat. Juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat bagi orang mukmin. Allah SWT menyebut orang mukmin kerana orang mukmin sahaja yang mahu tunduk dan patuh kepada Al Quran atau ajaran Islam. Kalau orang kafir atau orang Islam sahaja, tidak akan mahu menerima atau payah mahu menerimanya. Allah SWT ada menyebut dalam Al Quran bahawa orang mukmin sahaja mudah diingatkan dan mudah menerima ajaran Islam atau ajaran Allah.FIRMAN ALLAH:
“Tidak ada ucapan orang mukmin itu apabila di ajak kepada Allah dan Rasulnya agar menghukum dikalangan mereka itu melainkan mereka berkata-kata kami dengar dan kami patuh.”

Ertinya berkira dengan orang mukmin mudah, berkira dengan orang Islam lebih-lebih lagi yang bukan Islam sangat susah. Apatah lagi hendak diajak merujuk kepada Allah SWT dan Rasulnya, lebih liat lagi. Justeru itu bagi orang mukmin untuk menenangkan jiwanya Allah SWT memberitahu di dalam satu ayat berbunyi:
“Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang.”
Di sini tahulah kita ubat hati tidak tenang ialah banyak mengingati Allah SWT. Apabila banyak meningati Allah SWT, jika tidak tenang atau terasa kosong. Al Quran ada menyebut dalam sepotong ayat berbunyi;
“Barangsiapa yang berpaling daripada mengingati Aku maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.”Maksudnya, orang menolak atau melupai Tuhan serta tidak faham apa yang Allah suruh dan larang serta tidak faham apa yang Allah lakukan pada dirinya maka jiwanya sentiasa sempit, tidak tenang, gelisah, resah, susah sekalipun ia kaya, berkuasa, ada nama, ada glamour.
والله اعلم

Sunday, June 12, 2011

Muhasabah diri...

Sebagai peringatan buat diri ini..mengambil pengajaran dari peristiwa yang telah berlaku,sebenarnya akan terjadi kepada setiap makhluk yang hidup seperti telah difirmankan Allah :كل نفس ذائقة الموت yang maksudnya,setiap yang hidup pasti akan mati.

Diceritakan pada saya,kisah kematian seorang jiran,yang saya anggap satu kerahmatan buatnya,'perginya' setelah masuk hari Jumaat,meninggalnya dalam keadaan yang mudah serta tidak menanggung kesakitan yang lama..walaupun pada dasarnya mempunyai penyakit tetapi itu bukanlah sebab utama,sebab utamanya kerana telah sampai masanya.Aku sering memohon pada Allah dgn doa yang telah diajar kepadaku,agar dipermudahkan ketika mati dan mati dalam keadaan beriman serta tidak dalam suasana yang mengaibkan.Begitu jua dengan seisi keluargaku...

Dan sekiranya kedua ibu bapaku telah tiada aku tidak mahu jasadnya menjadi mangsa belasahan malaikat Munkar dan Nakir kerana kealpaan,kebodohan dan miskin iman dari anak-anak sendiri.Aku amat-amat bersyukur kerana kedua ibubapa telah sedaya upaya mencukupkan 'pakej' keislaman dalam diri ini..setidak-tidaknya mereka telah berjaya menjadikan aku seorang yang mencintai Al-Quran dan mentadabburkan al-quran,memegang kata-kata dalam sebuah hadis tapi aku lupa siapa perawinya:seorang anak yang mampu membaca Al-quran dengan baik dan sempurna,Allah telah menyediakan sebuah istana untuk kedua ibubapanya disana tatkala keduanya sedang diiring untuk di'hisab',Allah telah mengarahkan Malaikat agar tidak menghitung keduanya,Ya Allah,besarnya kasih sayangMu...kini mampukah aku mendidik anak-anakku pula?

"apabila matinya anak Adam maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara:pertama doa dari anak yang soleh,kedua sedekah jariahnya,ketiga ilmu yang dimanfaatkannya".

Samada mereka masih hidup atau telah tiada jangan putus-putus terus mendoakannya.Untuk menjadi anak soleh atau solehah memang sukar namun cukuplah kalau kita dapat melakukan sebaik mungkin rukun-rukun Islam dan ImanNya dan melakukan Amal Maaruf Nahi Mungkar,InsyaAllah...

Thursday, May 26, 2011

rindunya padaMu ilahi.....


Aku teringin benar untuk kesana lagi.2016...adakah aku mempunyai rezeki umur lagi?Mudaha-mudahan Allah menyampaikan hasratku ini.Lusa mak,abah dan adik balik,tak sabar-sabar nak jumpa.Aku bersyukur masih mempunyai keluarga yang lengkap,ada ibu dan bapa.
Semasa aku mengunjungi Makkah aku belum berkahwin lagi.Aku ikut rombongan atok sedara.Masa tu bayaran RM4400,singgah di Mesir dan Jordan.Dapatlah tengok Universiti Al-Azhar,merentasi Sg Nil,Masjid Ali yang penuh bersejarah,gua Al-Kahfi,Makam Nabi Syuib dan rumah rehat Raja Malik al-Fisal.Akulah yang termuda sekali dlm rombongan tu maka banyak tumpuan yg diberikan kepada aku terutama semasa check-in kat Jeddah,nyaris tak lepas...

Ya Allah..sempurnakan imanku dengan melengkapi Rukun IslamMu dan perkara2 yang tidak kusedari dosa dan pahalanya hanya Kau yang Maha Mengetahui,Astaghfirullah al Azim.

Saturday, May 21, 2011

bijak juga...


bukan nak puji anak sendiri,tapi nampak sedikit kecerdikannya ketika bermain susunan blog.Mulut jangan cakaplah,macam bertih jagung tak tahan nak dengar.Dua hari ni Syifa' minta nak talipon mummy,tapi apakandaya 'jauhnya',tunggulah mummy balik dik...

Banyak kertas pereksa nak ditanda tapi malas betul nak mulakan.Bila tengok jawapan anak murid kadang-kadang rasa tension!soalan senang pun tak boleh jawab.Tahun ni tak taulah berapa yang boleh dapat 'Mumtaz'.Sebahagian peel murid yang 'melemahkan' semangat guru.Berdoalah pada Allah semoga taklah teruk keputusan pereksa tahun nie.Aku kena tanda kertas juga...selamat tinggal blogger..

21 Mei,saja bawak anak-anak jalan kat Pusat Sains Negara.Nak tunjuk pada Syifa' mana lebih besar,gajah ke dinosour?tapi gajah juga yang dikatanya besar..walaupun dah nampak replika dinosour tu yang boleh bergerak-gerak,takut juga Syifa' tapi sebab nak main mainan yang banyak2 tu..buat 'dek' aje la...

Wednesday, May 11, 2011

bezanya.....



Masa kecilmu banyak rintangan yang aku lalui,mujurlah ada emak,dapatlah mengurangkan stress..maklumlah siayah sibuk bekerja,hujung minggu baru balik mana tau susahnya jaga lebih2 lagi waktu malam,tak tidur dibuatnya hingga subuh.Tapi inilah kurniaan Allah yang tak ternilai kerana disebaliknya 'macam-macam ada' bukan Astro aje ye...

Masa bayi tak terjangka perangainya akan jadi macam sekarang..macammanalah aku nak 'control' dia ye bila dah besar nanti.Kuat betul melaramnya.Lagi haru bila make-up mummynya yang selalu kena songlap,malu2..maknya memang dr dulu tak gemar sgt bermake-up ni..sikit2 bolehlah.

Monday, May 9, 2011

Adik..adik..

Syukur sebenarnya bila anak kita disayangi orang lain seperti anak sendiri.Bertepatan dengan hadis Rasulullah s.a.w :Tidak beriman seseorang itu sehingga ia mengasihi saudaranya yang lain..firman Allah yang menyatakan Allah kasih kepada hambaNya yang kasih kepada orang lain.Sentiasa mendoakan agar ia juga dikurniakan zuriat suatu hari nanti.Qadar Allah boleh berubah dengan DOA..berdoalah,jangan putus asa,sejarah pahit Nabi Zakaria tidak mendapat zuriat sehingga umur Baginda 80 tahun barulah beliau mendapat anak.

Syifa'..jadilah anak yang menyenangkan .....

semoga anak2ku soleh & solehah

Program Amal Islami

Bukan nak menang sangat bila bertanding ni,tapi bila dah diumumkan johan dan dapat keperingkat daerah pulak kena lebih baik la jawabnya.Kesian bila anak2 murid terpaksa ditinggalkan sekejap semata-mata kerana nama untuk sekolah.Kalam Jamaie..baru 2 tahun berjinak=jinak dengannya.Tahun lepas tempat ke-3,tahun ini tempat-1.Tau je la..bila aku yg mengajar tentu kecut perut budak2,salah sikit kena denda..sebutan arab nak kena tepat dgn gaya..gaya pulak nak kena serentak..tinggal beberapa minggu je,tolak cuti tak sampai sebulan nak bertanding lagi...kalau menang...kalau kalah...

Wednesday, May 4, 2011

Ya Allah,terimalah rintihan hatiku ini...



Aku hanya mengharapkam keampunan dariMu ya Allah,kerana Kau maha mengetahui atas segala sesuatu yang berlaku..

kembali berumahtangga di hospital..

Bulan 4,tanggal 15hb,duduk semula diHUKM,buat pembedahan semula...ambil urat kaki masukkan kat bahu dan lengan...bayangkan aku tidur dan duduk hanya di kerusi yang bersandarkan besi,kepala hanya beralaskan bantal alhamdulillah tebal juga bantal tu..sakit tengkuk jangan cakaplah...rasanya semua urat tengkuk aku ni dah tegang semacam...tapi alhamdulillah doktor-doktornya baik belaka.Abang ipar aku paling rajin datang menjenguk..dari mula 'abangku' eksiden sampailah sekarang dialah yang paling banyak membantu..terima kasih.semoga Allah membalas dengan 1000 ganjaran yang tak ternilai...