mencari kedamaian hati dan ketenangan jiwa...

Friday, August 20, 2010

Takutnya...

Kelebihan hari Jumaat.
Kaum lelaki mudah masuk ke syurga,itulah seperti yang diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w.Sebahagian besar penghuni syurga ialah kaum lelaki yang beriman.Rajin ke masjid tapi dengan hati yang ikhlas masuk syurga,berbakti pada ibu bapanya masuk syurga,berkata lemah lembut dengan isteri masuk syurga.Namun ada segelintir yang melepaskan peluang keemasan ini.

Hari jumaat kebiasaannya kaum lelaki akan menunaikan solat jumaat.Apa salahnya datang ke masjid awal sikit,bukan nak buat apa pun kat rumah.Duduk berniat iktikaf,zikir sikit,baca quran sikit,dah dapat pahala.Tengahari tadi saya seperti jadi ahli 'amal ma'ruf nahi munkar'.Sakit mata tengok gelagat remaja lelaki dan perempuan seolah-olah tiada perasaan malu langsung,kalau tak malu dengan orang ramai malu pada bulan ramadhan pun dah memadai,bukankah sedang berpuasa?Benarlah seperti kata ulama',bulan ramadhan kalau diikutkan betul-betul dia menjadi Madrasah kita,melatih jiwa menjadi 'Ittaqullah'.Tanpa rasa takut saya menegur"dik,tak solat jumaat ke"?.Remaja tu jawab kejap lagi kak,kawan yang sorang tu sedang berbual dengan teman perempuannya,duduk bersebelahan.Budak perempuan tu masih berpakaian sekolah.Saya sambung lagi,"imam dah baca khutbah dik,pergilah surau atau masjid".Dia menjawab, "ye lah kak".Saya tak tau samada remaja berdua tu terus pergi atau masih lepak di situ.Dalam perjalanan ke sekolah saya menangis kerana takutkan masa depan anak-anak saya.bagaimanakah mereka nanti apabila besar kelak.Tidak putus-putus saya berdoa minta perlindungan serta keimanan yang teguh dalam dada anak-anakku.Ya Allah,Kau jadikanlah anak-anakku 'Qurratun 'akyun' kepada kedua ibu bapanya..amin..ya Rabbal alamin.